Aku tak tau apa yang tak kena hari ini..
Kesian ecah.. lepas dia pergi sekolah, aku rasa bersalah yang amat sangat dan aku menangis sepuasnya...
aku berazam untuk cuba yang terbaik utk dia... aku akan mulakan esok...
tapi siapa sangka... belum pun sempat aku mencuba...
lain pula yang berlaku...
panggilan telefon yang aku terima pagi tadi membuatkan aku hilang fokus pada kerja.. tapi aku sibukkan diri dengan kerja yang memang melambak-lambak sampai kepala aku sakit sangat... tapi aku buat tak tau...
aku cuba tak nak fikir sangat hal tu... tapi kadang2 masih jelas di fikiran dan masih terngiang di telinga...
kalau itu yang akan terjadi..... aku terpaksa redha dengan ketentuan ilahi... siapa aku utk menghalang takdir... aku dah tau mmg ini yang akan terjadi..
cuma aku harap lepas ni dia akan bahagia dengan keputusan nya...
aku?... tak pelah, biarlah aku teruskan saja hidup ini... mmg begitu selalunya..
lagipun aku tau siapa aku... jadi aku tak mengharap keajaiban...
aku hanya mampu menyiapkan diri aku untuk menghadapi tekanan...
mungkin nanti aku akan biasa...
biarlah...
aku pun tak nak seksa orang dengan hidup bersama aku yang macam ni...
tak semua orang boleh terima aku dan kekuranganku...
aku tau aku bersalah dan aku cuba untuk berubah.. tapi org tak nampak dan selalu rasa tak cukup ... mereka selalu mahukan lebih dari aku... tapi aku tak mampu....
kalau mereka rasa cukup bahagia dengan menyisihkan aku dan anakku, biarlah... aku takkan halang kebahagiaan orang...
aku takkan bermusuh dengan sesiapa... aku akan terima dengan hati yang terbuka... siapa aku untuk berdendam? untuk apa aku berdendam?... dendam tu takde dalam kamus hidup aku... yang ada cuma kemaafan.... bukankah kemaafan itu dendam yang terindah?... itu kata penyanyi aisyah...
aku cuma nak berikan yang terbaik utk ecah.. kerana dia saja yang aku ada sekarang...
itupun kalau dia tak sisihkan aku juga...
kalau tak, aku cuma keseorangan.. sepi...
entahlah... nak berkira pun utk apa... bukannya umur makin muda... bukannya hayat makin lama.... usahlah berkira... aku maafkan sesiapa pun yang menyakitiku... aku tak marah.... biarpun saban kali aku dimarahi... tak mengapalah....
24 June 2009
21 June 2009
Insiden Nyaris Langgar...
hari ni aku hampir2 terlanggar ada satu orang tua ni... makcik tua la.. aku tak nampak dia meluru lintas jalan. kereta semua mmg tgh banyak dan laju2 belaka. nasib baik aku sempat brek mengejut. kalau tak mmg haru biru jugaklah time tu. Dah lah gitu, makcik u siap pau aku lagi tu. aku kebetulan mmg tgh kering poket.. langsung tak de duit. baru nak cucukkeluarkan duit kat tabung haji. aku just pimpin dan tolong dia seberang jalan. then ada satu mamat yang baik ati sanggup hantar makcik ni gi bas stand. alhamdulillah..
19 June 2009
Purple ni katanya warna aura aku...
betul atau tidak aku pun tak tahu dan tak kisahlah...
well... ini first time aku nak kongsi semua kisah kehidupan aku di sini...
dari mana aku nak bermula?...
nanti la aku fikirkan dulu..
so, selamat menerawang ke masa silam dan terus ke hadapan bersama aku..
Opps... lupa pulak nak kenalkan diri sendiri...
Aku Lynn... nama yang di panggil oleh semua orang.... welll..bukan semua la.. ada certain2 orang panggil aku Ina... or Lyna... hmm... ada gak yang panggil aku Har... tu zaman sekolah menengah dulu la... kat KL.. apa2 pun, tak kisahlah sebab semua tu pun nama aku jugak...
betul atau tidak aku pun tak tahu dan tak kisahlah...
well... ini first time aku nak kongsi semua kisah kehidupan aku di sini...
dari mana aku nak bermula?...
nanti la aku fikirkan dulu..
so, selamat menerawang ke masa silam dan terus ke hadapan bersama aku..
Opps... lupa pulak nak kenalkan diri sendiri...
Aku Lynn... nama yang di panggil oleh semua orang.... welll..bukan semua la.. ada certain2 orang panggil aku Ina... or Lyna... hmm... ada gak yang panggil aku Har... tu zaman sekolah menengah dulu la... kat KL.. apa2 pun, tak kisahlah sebab semua tu pun nama aku jugak...
Subscribe to:
Posts (Atom)