18 April 2010

Salam semua..

Dah terlalu lama aku tinggalkan catatan diari ini... Mmg banyak perkara yang terjadi sepanjang masa itu. tapi aku malas nak catat apa2. juga malas nak ingat apa yang berlaku. ada sesetengah perkara yang kita fikir ianya dah berubah tapi bila keadaan jadi sebaliknya, kita akan rasa kecewa. begitulah aku. tapi salah aku juga kerana memilih utk mempercayai. lebih baik aku terus simpan saja kepercayaan itu dalam hati sehinggalah terbukti ia benar.

hari ni aku demam dan batuk2. semalam balik rumah mertua. seronok tengok baby. tercuit jugak rasa hati. siapa yang tak nak anak lagi kan?.. cuma keadaan yang sudah tidak mengizinkan. kalau nak ingat kisah dulu mmg kecewa dan sedih. tapi semuanya dah berlalu. buat apa nak kesalkan lagi. walaupun bukan salah aku, tapi itu dah ketentuan takdir. aku kena terima.