17 July 2010

Kenduri di Air Hitam

Hari ni aku sibukkan diri ke BP Mall.. bukannya apa, takde la nak shopping mana pun, cuma nak tengok PC Fair je. So, survey punya survey, aku pun 'ter'beli la satu pendrive ni. Imation, 4G. Pastu aku pun 'ter'beli jugak kereta punya mp3 player. He..he.. saja je nak abiskan masa & duit.. macam la banyak benor duitnya pun.. Pastu si ecah sibuk ajak aku tengok wayang pulak. Nak tak nak, ikutkan la jugak. Lama dah tak tengok wayang ngan anak. Cerita budak2 je-ZOO. Hmm.. bulih la cerita tu. 4 bintang dah la.

Balik, petang aku sefamily ke Air Hitam sebab ada kenduri arwah sebelah suami aku. Ramai sedara mara yang datang. Jalinan kemesraan yang lama dah renggang tu kembali bertaut la. Dah macam jejak kasih la pulak. Kitaorang pun memang dah lama tak jenguk kampung. Masing2 sibuk dengan hal masing2. Tapi mak mertua dan pak mertua aku tak de. Diaorang nak datang camana, jauh. So, kitaorang ni mcm wakil la. Bila aku tengok budak2 meriah bermain sesama sendiri, aku teringatkan zaman kanak2 aku dulu. Mmg happening jugakla zaman aku dulu. Lagi pulak aku ni lasak. Kawan pun ramai budak lelaki dari budak perempuan rasanya. Sekarang anak aku pulak mengulang zaman aku tu. Best tengok diaorang, tak hirau orang sekeliling, diaorang tetap berada dalam dunia diaorang sendiri. Indah kan zaman kanak2... tak perlu nak fikir masalah tu, masalah ni,.. yang kesian, laki aku la. Pening kepala pulak. Dah asyik terbaring je. Maklumlah orang dah mula belajar berhenti merokok. Kesian pulak aku tengok. Tapi itu untuk kebaikan dia. Kenalah tahan.. Aku happy tapi tak nak terlalu happy sbb belum tahu sampai bila dia mampu bertahan. Nanti aku pulak yang frust. Biarlah masa yang menentukan segalanya..

14 July 2010

Musim denggi!!

Salam semua..

Lama benar sejak aku tinggalkan ruangan sepi ini. Bukan tiada cerita untuk dikongsikan, malah terlalu banyak tetapi kesempitan masa membataskan segalanya.. sebenarnya, di saat ini, aku masih lagi lemah dan bisa-bisa badan akibat penangan denggi baru-baru ini. Malang sekali menimpa aku kerana ini merupakan kali kedua aku mengalami keadaan seperti ini. Sakitnya hanya tuhan saja yang tahu..

Di ketika inilah baru aku benar-benar mengerti apa itu kasih sayang seorang ibu.. Selama ini aku sangka mak tak sayang pada aku. Selalu aku tidak sehaluan dan sependapat dengannya. Seringkali berlaku pertengkaran setiap kali kami bertemu. Sehingga aku selalu cuba menjauh.. tapi bila aku sakit begini, mak tak teragak-agak untuk menjaga aku di rumah. Dia menjaga aku seperti aku masih kanak-kanak. Jauh di sudut hati, aku terharu. Di angin lalu, aku titipkan ucapan terima kasih kerana lidah ini tidak mampu mengucapkannya di depan mak. Teruknya perangai aku!.. Malukah aku untuk berterima kasih pada mak sendiri?.. Atau cuma ego yang membelenggu diri ini?.

Di suatu malam yang hening, entah bagaimana airmata ini laju membasahi pipi. Pelbagai peristiwa silih berganti bagai tayangan gambar berlegar-legar di ruang ingatan. Ada yang ku kesalkan... ada yang ingin ku betulkan... tapi mampukah aku memutar kembali masa yang telah berlalu?..